Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat

Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat
Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat
Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat



Terdapat 2 situasi berkaitan melakukan solat sunat ketika imam sedang khutbah iaitu;

Seseorang yang masuk ke masjid, sedangkan imam sedang khutbah. Disebutkan di dalam Matan Abi Syuja�:

�Barangsiapa yang masuk ke dalam masjid padahal imam sedang berkhutbah, maka hendaklah dia solat dua rakaat yang ringkas kemudian barulah dia duduk.�

Menurut Syeikh al-Ramli, yang dimaksudkan dengan �solat yang ringkas� itu adalah meninggalkan perbuatan memanjangkan solat mengikut uruf. Manakala menurut Syeikh Ibn Hajar dan al-Khatib al-Syirbini pula, yang dimaksudkan dengan �solat yang ringkas� itu adalah dengan meringkaskan solat tersebut sekadar memenuhi kewajipan sahaja iaitu sekadar melaksanakan perkara yang wajib (rukun) sahaja (al-Manhal al-Naddhokh).

Justru, menurut Mazhab Syafi�i dan Hanbali, sunat melaksanakan solat tahiyyatul masjid bagi seseorang yang memasuki masjid padahal imam sedang berkhutbah. Manakala, menurut Mazhab Hanafi dan Maliki, makruh melaksanakan solat tahiyyatul masjid bagi seseorang yang memasuki masjid padahal imam sedang berkhutbah (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu).
Seseorang yang telah sedia hadir dalam masjid sebelum imam menyampaikan khutbah Jumaat. Maka menurut pendapat yang muktamad, haram baginya menunaikan solat ketika imam sedang berkhutbah sama ada solat fardhu mahupun solat sunat (al-Baijuri).


Wallahu a�lam
Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat

Sumber : myibrah.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Solat Sunat Ketika Khutbah Jumaat"

Post a Comment